Bagi windows XP,anda boleh menggunakan software "Folder Lock" tetapi bagi windows 7, ia biasanya mempunyai masalah. Jadi ada baiknya sekiranya anda dapat membuat pengunci folder anda sendiri. Ikuti langkah berikut:
1) Buka notepad
2) Taip atau copy kod berikut:
ren Nama_Folder_Anda Nama_Folder_Anda.{9113A02D-00A3-46B9-BC5F-9C04DADDD5D7} attrib +h +s Nama_Folder_Anda.{9113A02D-00A3-46B9-BC5F-9C04DADDD5D7} |
3) "Nama_Folder_Anda" merupakan nama folder yang ingin dikunci. Jadi tukar kepada nama folder anda sendiri.
4) Save sebagai "pengunci.bat"
5) Buka notepad baru
6) Taip atau copy kod berikut:
attrib -h -s c:\users\tam\Nama_Folder_Anda.{9113A02D-00A3-46B9-BC5F-9C04DADDD5D7} ren c:\users\tam\Nama_Folder_Anda.{9113A02D-00A3-46B9-BC5F-9C04DADDD5D7} Nama_Folder_Anda |
7) Pastikan anda menukar nama "Nama_Folder_Anda" dan direktori folder anda (c:\users\tam\Nama_Folder_Anda) mengikut lokasi yang anda simpan.
8) Save sebagai "pembuka.bat"
9) Klik pengunci.bat untuk mengunci folder anda dan klik pembuka.bat untuk membuka folder anda semula. Pastikan anda simpan pembuka.bat anda di tempat yang selamat.
10) Sekarang folder anda berada dalam keadaan selamat:)
SELAMAT MENCUBA!
No comments:
Post a Comment