Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. Dengan ilmu yang dikurniakan Allah swt, dapatlah saya membina atau menghasilkan blog ini pada 17 Ramadhan 1429 Hijrah bersamaan 17 September 2008 (Rabu) bersempena Hari Nuzul Quran..

Mengapa Ukhrawi dan Duniawi?
Terlintas di fikiran saya untuk menamakan blog ini sebagai UkhrawiDuniawi kerana dalam hidup ini kita memerlukan kedua-duanya.. Kedua-duanya saling berkaitan dan hendaklah seimbang..

Ukhrawi:
Bahagian ukhrawi ini saya isikan dengan hal-hal keagamaan untuk peringatan saya khususnya. Dengan adanya ruangan ini, saya berharap dapat meningkatkan kualiti diri dalam hal-hal agama dari semasa ke semasa.

Duniawi:
Seperti sedia maklum, duniawi adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan keduniaan atau hal-hal dunia. Ruangan ini diwujudkan untuk pengisian ilmu-ilmu yang lebih cenderung kepada hal dunia. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada diri saya dan pembaca blog ini.

Tujuan blog:
Tujuan saya membina blog ini adalah untuk menjadikannya sebagai tempat atau ruang bagi saya mengisi segala pengetahuan dan pengalaman yang telah saya miliki sepanjang hidup ini agar dapat dikongsi bersama saudara-saudara saya dan semua umat manusia.

Semoga blog ini dapat memberikan jawapan dan menambahkan pengetahuan anda semua..WELCOME!!

Thursday, July 21, 2011

CRACK PASSWORD WINdows 7

Jangan risau sekiranya anda terlupa password windows anda untuk login. Terdapat cara untuk mengatasinya tanpa menggunakan butang "reset".

1. Download KonBootInstall.exe

2. Cucuk pendrive anda (pastikan tiada data).

3. Klik KonBootInstall.exe

4. Taip "drive letter" pendrive anda pada paparan command prompt.

5. Restart dan pilih USB sebagai boot pertama.

6. Tekan enter sehingga anda dapat login tanpa password.

No comments: