Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. Dengan ilmu yang dikurniakan Allah swt, dapatlah saya membina atau menghasilkan blog ini pada 17 Ramadhan 1429 Hijrah bersamaan 17 September 2008 (Rabu) bersempena Hari Nuzul Quran..

Mengapa Ukhrawi dan Duniawi?
Terlintas di fikiran saya untuk menamakan blog ini sebagai UkhrawiDuniawi kerana dalam hidup ini kita memerlukan kedua-duanya.. Kedua-duanya saling berkaitan dan hendaklah seimbang..

Ukhrawi:
Bahagian ukhrawi ini saya isikan dengan hal-hal keagamaan untuk peringatan saya khususnya. Dengan adanya ruangan ini, saya berharap dapat meningkatkan kualiti diri dalam hal-hal agama dari semasa ke semasa.

Duniawi:
Seperti sedia maklum, duniawi adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan keduniaan atau hal-hal dunia. Ruangan ini diwujudkan untuk pengisian ilmu-ilmu yang lebih cenderung kepada hal dunia. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada diri saya dan pembaca blog ini.

Tujuan blog:
Tujuan saya membina blog ini adalah untuk menjadikannya sebagai tempat atau ruang bagi saya mengisi segala pengetahuan dan pengalaman yang telah saya miliki sepanjang hidup ini agar dapat dikongsi bersama saudara-saudara saya dan semua umat manusia.

Semoga blog ini dapat memberikan jawapan dan menambahkan pengetahuan anda semua..WELCOME!!

Saturday, July 23, 2011

Reka Folder Lock Anda Sendiri

Bagi windows XP,anda boleh menggunakan software "Folder Lock" tetapi bagi windows 7, ia biasanya mempunyai masalah. Jadi ada baiknya sekiranya anda dapat membuat pengunci folder anda sendiri. Ikuti langkah berikut:

1) Buka notepad

2) Taip atau copy kod berikut:


ren Nama_Folder_Anda Nama_Folder_Anda.{9113A02D-00A3-46B9-BC5F-9C04DADDD5D7}

attrib +h +s Nama_Folder_Anda.{9113A02D-00A3-46B9-BC5F-9C04DADDD5D7}


3) "Nama_Folder_Anda" merupakan nama folder yang ingin dikunci. Jadi tukar kepada nama folder anda sendiri.

4) Save sebagai "pengunci.bat"

5) Buka notepad baru

6) Taip atau copy kod berikut:


attrib -h -s c:\users\tam\Nama_Folder_Anda.{9113A02D-00A3-46B9-BC5F-9C04DADDD5D7}

ren c:\users\tam\Nama_Folder_Anda.{9113A02D-00A3-46B9-BC5F-9C04DADDD5D7} Nama_Folder_Anda


7) Pastikan anda menukar nama "Nama_Folder_Anda" dan direktori folder anda (c:\users\tam\Nama_Folder_Anda) mengikut lokasi yang anda simpan.

8) Save sebagai "pembuka.bat"

9) Klik pengunci.bat untuk mengunci folder anda dan klik pembuka.bat untuk membuka folder anda semula. Pastikan anda simpan pembuka.bat anda di tempat yang selamat.

10) Sekarang folder anda berada dalam keadaan selamat:)
SELAMAT MENCUBA!

Thursday, July 21, 2011

CRACK PASSWORD WINdows 7

Jangan risau sekiranya anda terlupa password windows anda untuk login. Terdapat cara untuk mengatasinya tanpa menggunakan butang "reset".

1. Download KonBootInstall.exe

2. Cucuk pendrive anda (pastikan tiada data).

3. Klik KonBootInstall.exe

4. Taip "drive letter" pendrive anda pada paparan command prompt.

5. Restart dan pilih USB sebagai boot pertama.

6. Tekan enter sehingga anda dapat login tanpa password.

Format Windows 7 Guna Pendrive

Format windows menggunakan CD/DVD merupakan perkara yang biasa dilakukan. Namun dengan perkembangan USB Pendrive pada masa kini, maka ia lebih mudah sekiranya anda dapat menggunakannya ketika format komputer anda. Terdapat 2 cara yang boleh dilakukan bagi menyediakan USB Pendrive Windows 7 iaitu:

A) Gunakan command
  1. Cucuk pendrive (4GB) anda dan pastikan ia tidak mempunyai data.
  2. Klik "START" dan taip "cmd" pada kotak search.
  3. Klik kanan pada cmd dan pilih "Run as administrator"
  4. Taip DISKPART dan tekan enter. Paparan akan keluar seperti di bawah.
  5. Kemudian taip LIST DISK dan kenal pasti nombor disk bagi pendrive anda. Lihat pada disk tersebut (lebih kurang 4000MB). Sebagai contoh nombor disk pendrive saya adalah DISK 1.
  6. Kemudian taip command berikut satu per satu:
  7. Select DISK 1 (sekiranya DISK 2 taip DISK 2)

    CLEAN

    CREATE PARTITION PRIMARY

    SELECT PARTITION 1

    ACTIVE

    FORMAT FS=NTFS (proses beberapa saat)

    ASSIGN

    EXIT


  8. Minimize sahaja command prompt tersebut.
  9. Seterusnya masukkan cd/dvd Windows 7 dan kenal pasti "drive letter" bagi dvd dan pendrive anda. Contohnya "D:" bagi DVD dan"H:" bagi pendrive.
  10. Taip command berikut:

    D: CD BOOT dan enter ("D:" adalah drive letter DVD anda)

    CD BOOT dan enter

    BOOTSECT.EXE /NT60 H:



  11. Copy semua fail dalam DVD Windows 7 ke dalam USB pendrive tersebut.
  12. Kemudian restart dan jadikan USB sebagai pilihan boot pertama. Selesai.

B) Gunakan software

  1. Anda boleh menggunakan software "Windows 7 USB DVD Download Tool".
  2. Anda memerlukan pendrive 4GB dan fail Windows 7 dalam bentuk ISO.
  3. Anda boleh rujuk http://jiwang.org/software-tutorials/43262-tutorial-cara-download-windows-7-ke-usb-untuk-format-dari-pendrive.html