Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. Dengan ilmu yang dikurniakan Allah swt, dapatlah saya membina atau menghasilkan blog ini pada 17 Ramadhan 1429 Hijrah bersamaan 17 September 2008 (Rabu) bersempena Hari Nuzul Quran..

Mengapa Ukhrawi dan Duniawi?
Terlintas di fikiran saya untuk menamakan blog ini sebagai UkhrawiDuniawi kerana dalam hidup ini kita memerlukan kedua-duanya.. Kedua-duanya saling berkaitan dan hendaklah seimbang..

Ukhrawi:
Bahagian ukhrawi ini saya isikan dengan hal-hal keagamaan untuk peringatan saya khususnya. Dengan adanya ruangan ini, saya berharap dapat meningkatkan kualiti diri dalam hal-hal agama dari semasa ke semasa.

Duniawi:
Seperti sedia maklum, duniawi adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan keduniaan atau hal-hal dunia. Ruangan ini diwujudkan untuk pengisian ilmu-ilmu yang lebih cenderung kepada hal dunia. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada diri saya dan pembaca blog ini.

Tujuan blog:
Tujuan saya membina blog ini adalah untuk menjadikannya sebagai tempat atau ruang bagi saya mengisi segala pengetahuan dan pengalaman yang telah saya miliki sepanjang hidup ini agar dapat dikongsi bersama saudara-saudara saya dan semua umat manusia.

Semoga blog ini dapat memberikan jawapan dan menambahkan pengetahuan anda semua..WELCOME!!

Thursday, October 23, 2008

Penyelesaian Masalah Install Windows XP

Beberapa tahun masuk dlm bidang terjun ni, pelbagai masalah komputer yg telah saya hadapi. Alhamdulillah segalanya masih boleh di atasi dengan usaha yang berterusan.
Di sini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang berkaitan dengan masalah install Windows XP bagi komputer atau laptop yg menggunakan hard disk SATA. Hard disk SATA sebenarnya sesuai untuk Windows Vista tetapi ada pengguna yang hanya selesa dengan Windows XP. Biasanya pengguna akan menghadapi masalah berikut ketika memasukkan Windows XP:


Cara untuk mengatasinya adalah dengan mencipta CD Windows XP anda sendiri. Apa yang perlu anda lakukan adalah:


1. Download software Nlite.


2. Semak driver bagi hard disk anda dan lihat jenis SATA (klik kanan pada komputer>properties>Hardware>device manager>IDE ATA/ATAPI controller).

3. Download driver tersebut dari mana-mana website yang ada seperti http://www.acer.com/ bagi laptop atau desktop acer.

4. Sediakan CD Windows XP dan CD kosong.



Langkah seterusnya:

1. Masukkan CD Windows XP ke dalam CD-ROM.

2. Install software nlite.

3. Lancarkan software tersebut.










4. Browse pada CD Windows XP tadi dan pilih tempat untuk simpan folder.

5. nlite akan copy fail-fail yang bersesuaian dari CD tersebut ke folder yang anda buat.

6. Setelah selesai, klik next dan anda akan menemui paparan seperti berikut:



7. Pilih "Drivers" dan "Bootable ISO". Klik next.




8. Klik "insert" dan pilih "single driver".

9. Browse driver SATA yang telah anda download tadi dan pilih mana-mana fail yang berformat ".inf". Kemudian nlite akan paparkan seperti berikut:



10. Pilih salah satu driver SATA seperti yang anda dapati pada IDE ATA/ATAPI controller.

11. Seterusnya masukkan CD kosong dan direct burn. Disarankan anda menggunakan CD-RW agar jika berlaku kesilapan, anda boleh memadam dan membuatnya semula.

12. Gunakan CD tersebut untuk format dan install Windows XP anda.

No comments: